Friday, May 24, 2013

Bahaya lisan bagi aktivis dakwah

November 10, 2012 by  
Filed under Fikrah

“Akh, anta tau Ahmad tu couple, dah ikut usrah tapi couple lagi, pening pening”. Perbicaraan berlangsung sambil makan roti canai di sebuah kedai mamak. “Ukht, anti tau tak, ana rasa Minah ni dah rosak hati, tengok dia selalu sms senyum senyum, ish risau la”. Perbicaraan berlangsung sambil mengayuh basikal beramai-ramai. …berhenti sekejap… Cuba anda bayangkan, [...]

Media sosial: Gelincir bahaya lidah zaman moden

September 22, 2012 by  
Filed under Fikrah

Wanita amat sinonim dengan isu bahaya lidah. Kalau disebut perihal mengumpat, mengata belakang, dan menjaga tepi kain orang sering sekali dikaitkan dengan wanita. Walaubagaimanapun, hakikatnya wanita atau lelaki, semuanya terdedah kepada penyakit yang sama. Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum tentang imbuhan yang menanti andai lidah dibiarkan dipacu sewenang-wenang tanpa dijaga. Rasulullah S.A.W menjawab [...]

Siri Peribadi Muslim: 2) Ibadah yang Sahih

Ogos 30, 2012 by  
Filed under Fikrah

“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepada Ku.” (Az-Zariyat: 56) Ayat ini jelas memberitahu tujuan kewujudan manusia. Apabila kita meniliti ayat ini, kita dapat melihat ayat ini ditujukan kepada Jin dan SELURUH manusia. Jadi beribadah kepada Allah bukan sahaja tujuan hidup Muslim; malahan seluruh manusia. Memahami ibadah bererti memahami [...]

Syawal: Kemenangan untuk siapa?

Ogos 24, 2012 by  
Filed under Fikrah

Di bulan Syawal yang mulia ini, marilah kita mulai perjalanan hidup ini dengan mengungkap syukur kepada Allah SWT. Di sebalik kecuaian kita, kelalaian kita dan kedegilan kita menunaikan hak-hak pengabdian kita kepadaNya, kita masih berterusan menerima nikmat-nikmat Allah tanpa henti. Hamba yang bersyukur akan membalas nikmat itu dalam bentuk terus mengabdikan diri kepada Allah manakala [...]

Siri Peribadi Muslim: 1) Akidah yang Sejahtera

Ogos 10, 2012 by  
Filed under Fikrah

Kalimah La Ilaha illallah Muhammadur Rasulullah sudah begitu sinonim bagi kita. Mana tidaknya, kita telah diajar untuk melafaz dan menghafaz kalimah ini sejak dari kecil lagi. Dengan terucapnya kalimah ini, maka secara rasminya kita ditabalkan sebagai seorang yang bergelar Muslim. Setiap orang Muslim wajib beriman dengan 5 rukun Islam. Mengucap kalimah syahadah merupakan rukun Islam [...]

Kenapa Lailatul Qadar sangat istimewa?

Ogos 9, 2012 by  
Filed under Fikrah

Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi… Firman Allah swt : “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam [...]

Merdekakan dirimu di bulan Ramadhan

Ogos 5, 2012 by  
Filed under Fikrah, Minda Pimpinan

Sudah 15 hari umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa kepada seluruh umat Islam yang bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan penuh ghairah dan bersungguh-sungguh. Bulan Ramadan dikatakan bulan yang menahan NAFSU manusia daripada melakukan segala perkara yang dibenarkan pada bulan-bulan [...]

Kehebatan Ramadhan

Julai 14, 2012 by  
Filed under Fikrah

  Berbicara tentang Ramadan, kebiasaannya itulah detik-detik terbaik seorang muslim dalam setahun. Selama hampir 30 hari ia akan habiskan sebahagian masanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Rela atau terpaksa. Musim ia mengingati Tuhannya, Penciptanya, Pemberi rezeki dan nyawanya. Sedangkan seringkali dia lalai mengingatinya di bulan-bulan yang lain. Hebatnya Ramadan. Ramadan dan puasa memaksa dia melawan [...]

Bekalan Murabbi: Meningkatkan Kompetensi Diri

Mei 25, 2012 by  
Filed under Fikrah

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang [...]

Ringan atau berat, tetap melangkah!

Mei 18, 2012 by  
Filed under Fikrah

“Sorry syeikh, minggu ni ana busy sikit” “Sorry la akhi, ana pening sikit semalam. Tak dapat nak prepare tugasan usrah” “Kau je lah yang buat, aku ada hal sikit” “Malasnya pergi usrah, baik tengok ceramah kat youtube jek” “Sori lah, next week ada exam” “Tak pe lah, solat sorang-sorang pun still sah jugak” Inilah alasan-alasan [...]

Next Page »