Program ‘Mengingati AlQuds’ beri banyak pengajaran
September 11, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti
Wellington, 21 Ogos 2011 - ISMA New Zealand Wellington baru-baru ini telah mengadakan majlis Iftar Jama’ie bersempena bulan Ramadan dan program Memperingati Al-Quds bertujuan memperingati tragedi pembakaran Masjid Al Aqsa yang terjadi pada 20 Ogos 1969. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran para pelajar berkenaan isu- isu Palestin. Antara tajuk yang dibentangkan semasa program ini adalah asal-usul Palestin [...]
Majlis Khatam al-Quran pupuk pembudayaan al-Quran dalam kehidupan
September 11, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti
Dunedin, 29 Ogos 2011 – ISMA NZ Dunedin baru-baru ini telah mengadakan majlis Khatam al-Quran sempena penghujung Ramadhan yang baru berlalu. Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Club and Societies Building, University of Otago. Antara matlamat program ini termasuklah menggalakkan pembudayaan al-Quran dalam kehidupan melalui pemahaman dan amalan, selain menghidupkan penghujung Ramadhan. Para hadirin telah [...]
Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Mus’ab dan Natasha
September 6, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Komuniti, Media ISMA NZ
AUCKLAND, 3 September - Warga ISMA New Zealand mengucapkan tahniah kepada saudara Mus’ab Umair Hassan dan saudari Natasha Ismail yang telah selamat dinikahkan pada pagi Sabtu lalu bertempat di AUT Prayer Room, Auckland. Mus’ab, 25, adalah pelajar tahun enam jurusan kedoktoran di University of Otago, Dunedin. Saudara Mus’ab juga merupakan Pengerusi ISMA New Zealand. Manakala pasangannya, [...]
Kelahiran mujahidah ISMA New Zealand
Ogos 28, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Komuniti, Media ISMA NZ
Kami pihak Media ISMA, seluruh AJK serta ahli ISMA New Zealand mengucapkan tahniah pada Sdr. Kamarul Rahim Kamarudin dan pasangan, Sdr. ‘Aisyah Rehan atas kelahiran anak kedua yang diberi nama ‘Aisyah Ameerah binti Kamarul Rahim di Hospital Pakar Perdana, Kelantan pada 23 Ogos lalu. Merangkap Biro Akademik ISMA New Zealand juga ahli aktif ISMA New Zealand [...]
Latih konsistensi dalam ibadah di bulan Ramadhan
Ogos 10, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti
Dunedin, 30 Julai 2011 – Sikap konsistensi dalam ibadah perlu dilatih dan ditekankan apatah lagi di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. “Ramadhan kini ibarat satu perlumbaan. Ramai yang berkumpul dan bersemangat di peringkat awal dan akhir, tetapi malangnya hilang di tengah-tengah.” Begitulah yang dinyatakan oleh Pengerusi ISMA NZ, Mus’ab Umair b Hassan ketika menyampaikan [...]
Majlis ‘Home: Where the Heart Is’ raikan pelajar tamat pengajian
Jun 14, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti, Media ISMA NZ
Wellington, 5 Jun 2011 – “Home; Where the Heart Is” adalah sebuah program anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) New Zealand cawangan Wellington dengan kerjasama pelajar-pelajar TESOL tahun pertama tajaan MARA yang diadakan untuk meraikan lapan orang pelajar yang bakal kembali ke Malaysia untuk berkhidmat kepada negara. Mereka termasuklah beberapa ahli ISMA NZ sendiri iaitu Ernie [...]
ISMA Wellington meriahkan Pasar Malam WMSO
Jun 14, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti, Media ISMA NZ
Wellington, 28 Mei 2011 – ISMA New Zealand cawangan Wellington baru-baru ini telah menyertai dan memeriahkan lagi Pasar Malam WMSO yang julung-julung kali diadakan untuk tahun ini. Bertujuan untuk meraih dana demi program yang bakal dijalankan sempena Ramadhan nanti, ISMA Wellington telah menjual berbagai-bagai produk yang menarik perhatian pelanggan. Antara produk yang boleh dijual di gerai [...]
Selamat Datang & Selamat Bertugas kepada Atase Pendidikan baru EMNZ
Mei 17, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Komuniti
ISMA New Zealand ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Atase Pendidikan baru di pejabat Education Malaysia New Zealand (EMNZ), Puan Salmah Kassim. Beliau yang baru tiba di New Zealand pada bulan April lalu menggantikan Puan Hajah Nor Ruzaini yang telah bertugas sejak 2 tahun lalu di pejabat EMNZ di Wellington. Puan Salmah merupakan [...]
“Friday Night with KoS” menyemarakkan semangat para pelajar
Mei 9, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti
Auckland, 6 Mei 2011 – Sekitar 50 orang warga Auckland telah menghadiri program Friday Night with Kulliyyah of Science anjuran bersama Kulliyyah of Science (KOS), International Islamic University Malaysia (IIUM) cawangan kampus Kuantan dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) New Zealand cawangan Auckland. Berlainan dengan program mingguan Friday Night yang dianjurkan sebelum ini, program kali ini bertambah [...]
Program “The Magnificience of Ummah” bangkitkan rasa izzah
April 30, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti
Dunedin, 16 April – Seramai 25 orang peserta wanita menyertai kuliah “The Magnificence of the Ummah” yang bertempat di Castle C bermula pada jam 10.15 pagi dan berakhir 4.10 petang. Program “The Magnificence of the Ummah” ini telah membawa peserta menyingkap sejarah ummat Islam bermula dari penurunan manusia pertama di muka bumi ini, iaitu Nabi [...]








