Kesempurnaan akhlak antara didikan Syawal
September 28, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Ramadhan yang telah berlalu mendidik erti kesabaran, ketundukan dan ketaatan, mujahadah melawan hawa nafsu serta mencanai keprihatian akan isu umat. Syawal pula membawa mesej kemenangan, kegembiraan dan kesyukuran terhadap semua nikmat yang dikecapi terutamanya nikmat iman dan Islam yang telah dimanifestasikan dengan penuh kesungguhan di sepanjang Ramadhan. Syawal biasanya dikaitkan dengan silaturrahim, dan ukhuwwah kerana [...]
Berat benarkah ujian itu?
September 19, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Saban hari kita mendengar ramai orang di sekeliling kita mengeluh. Mengeluh kerana kerja dan tanggungjawab, mengeluh kerana keperitan dan kesusahan, mengeluh kerana kesempitan dan kekurangan, mengeluh kerana kecewa dan terluka. Ada sahaja perkara yang serba tidak kena dan menyesakkan diri dalam hidup, tidak kira dalam tugas sebagai seorang pelajar, anak, ibu bapa, rakan, pekerja atau [...]
Belajar dan bekerja untuk mencari keredhaan Allah SWT
September 10, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Setiap hari kita disibukkan dengan pelbagai rutin dan segala macam aktiviti. Ramai juga yang menjalani jalan hidup yang sama setiap hari. Bangun tidur, mandi, pergi kelas/kerja, makan, balik kelas/kerja, makan, tengok tv, check facebook, tidur, dengan solat di celah segala aktiviti itu. Semua ini diulang tayang setiap hari sehinggalah sampai harinya kita mungkin berkahwin, mempunyai anak, cucu, [...]
Tips untuk malam Al Qadr
Ogos 20, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Malam Al Qadr, tidak perlu untuk saya menghuraikannya dengan panjang lebar. Saya pasti sekurang-kurangnya setiap orang mempunyai gambaran tersendiri dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini. Suka untuk saya berkongsi dengan isi khutbah jumaat pada hari ini yang menyarankan agar kita tidak meletakkan ibadah mahupun ganjaran seperti malam Al Qadr ini sebagai pertaruhan [...]
Ramadhan – ground training
Ogos 16, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah kita berpeluang merasai bulan Ramadhan penuh mubaarak. Pernah saya terbaca di status Facebook seseorang: 1 . Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya . 2 .Harta itu racun, Zakat itu ubatnya . 3 .Perkataan yang sia -sia itu racun, Zikir itu ubatnya . 4 .Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya. 5 .Seluruh tahun [...]
Tidak Hanya Sekadar Saduran Qana’ah
Julai 16, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Bayu yang bertiup lembut membelai penuh mesra dan angin yang membawa bersama desiran irama merdu penuh damai sedikit pun tidak berjaya membawa ketenangan pada seraut wajah penuh kekeruhan. Seluruh pandangan tertumpah pada lautan biru yang luas tak bertepi, tetapi seluruh fikiran juga begitu sesak, bagaikan tiada sedikit ruang pun untuk bernafas. “Furqan.” Sapaan lunak seorang [...]
Kalam JKP: Ikhlaskah kita?
Jun 29, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Ini mungkin akan jadi satu luahan rasa. Entah, saya belum pasti ketika pena ini mula menulis. Usrah, nama itu mungkin biasa bagi kita para naqib dan naqibah yang bertebaran di muka bumi ini. Mungkin kita labelkannya dengan nama lain; liqa’ halaqah, islamic circle atau pelbagai lagi tetapi perkara asasnya bagi saya tetap sama. Saya sendiri [...]
A Muslim ideal home
Jun 28, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Kalam JKP
“For happiness, a good thing to ride, and a good house.” (Ibn Hibban) A house is a home to everyone. A place where you feel belong and loved. Sheikh Yusuf al-Qardawi defines a house as a place in which an individual protects himself ‘physically’ from external impact – such as climate, and ‘spiritually’ in which [...]
Kalam JKP: Golongan muslim yang mengelirukan
Jun 21, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Indah khabar dari rupa, begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada umat Islam akhir zaman. Kesempurnaan ajaran Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh tidak dapat disangkal lagi berpandukan dalil-dalil yang kukuh dalam Al-Quran dan sunnah. Daripada membicarakan tentang adab di dalam tandas hinggalah permasalahan politik dunia, Islam mempunyai jalan penyelesaian yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana [...]
Kalam JKP: Al-Hubb (Cinta)
Jun 12, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Fikrah, Kalam JKP
Cintalah yang menolak manusia melakukan perkara yang jauh menjangkaui potensi diri, yang tidak disedari bahawa selama ini, mereka mampu lakukan sebenarnya. Cinta menolak Khadijah untuk diam, bila Muhammad pulang dengan keadaan menggigil-gigil. Sedang hati sudah pastinya sangat tertanya-tanya, apakah yang menimpa suaminya sehingga sebegitu rupa. tapi cinta menolaknya untuk diam. Sabar. Menenangkan suaminya. Dan setelah [...]








