ISMA New Zealand

Ringan atau berat, tetap melangkah!
“Sorry syeikh, minggu ni ana busy sikit”

“Sorry la akhi, ana pening sikit semalam. Tak dapat nak prepare tugasan usrah”

“Kau je lah yang buat, aku ada hal sikit”

“Malasnya pergi usrah, baik tengok ceramah kat youtube jek”

“Sori lah, next week ada exam”

“Tak pe lah, solat sorang-sorang pun still sah jugak”

Inilah alasan-alasan ‘munasabah’ yang selalu kita dengari. Ya, memang selalu kita dengari kerana kitalah yang sering mengungkapkannya. Bermacam alasan yang tercipta sekreatif mungkin bagi memuaskan hati orang ramai.

Wahai diri yang beribu alasan,

Tidakkah kamu tadabbur firman Allah swt ini ?

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah : 41)

Di dalam Tafsir Fi Zilal, ayat di atas dihuraikan: “hendaklah kamu semua berangkat dalam apa jua keadaanmu. Berjihadlah dengan jiwa raga dan hartamu. Dan jangan mencari-cari alasan dan keuzuran serta jangan sesekali tunduk pada sebarang halangan dan justifikasi.”

Dalam ceramah, wacana, daurah mahupun halaqah usrah, mungkin sudah berulang kali dengari ayat ini. Namun bila hendak diterjemahkan pada amalan nyata, ternyata payah tak terhingga.

Ketika itulah bermacam-macam justifikasi diberi bagi mengundur diri. Apa yang dipelajari selama ini hanya tersemat kemas di hati, kekal sebagai teori.

Hakikat Orang Beriman

Ketahuilah, orang yang benar-benar beriman, adalah mereka yang terus melangkah biarpun rintangan-rintangan menghalang jalannya. Inilah yang diungkapkan di dalam Fi Zilal mengenai tafsir ayat ini :

“Orang mukmin yang ikhlas mengetahui bahawa inilah yang terbaik baginya. Dia terus melangkah berjuang sekalipun banyak rintangan sepanjang perjalanannya. Dan banyak saja keuzuran atau alasan yang dengan itu dia boleh mengundurkan diri kalau dia mahu.”

Sungguh, kehidupan ini memang tidak lari dari sebarang permasalahan. Kalau kita hendak mencipta alasan, memang tidak sampai sesaat pun kita boleh memberikan pelbagai alasan. Pilihan terletak pada diri kita, hendak melangkah atau terus tunduk dengan pelbagai alasan.

Lihatlah Abu Bakar As-Siddiq, pagi hari menerima Islam daripada, terus melangkah laju dan pulang di petang hari dengan membawa 6 orang memasuki Islam. Tiada langsung alasan : “Ana masih baru belajar. Quran pun tak hafal lagi.Tak layak lah nak dakwah si dia”

Lihatlah Sa’ad bin Mu’az, lantas berdakwah kepada kaumnya sebaik sahaja menerima hidayah Allah. Beliau hanya sempat hidup dalam keadaan Islam dan berjuang selama 6 tahun, namun kematiannya membuatkan Arasy Ar-Rahman bergegar!

Lihatlah Abu Ayyub Al Anshary, boleh saja beliau beralasan untuk berehat di rumah kerana umur tuanya melangkau lebih 80 tahun. Namun beliau tetap berjuang bersama tentera-tentera Islam hingga gugur syahid di tembok KotaKonstantinopel.

Alasan Mahasiswa Bijak

Syukur Alhamdulillah kali ini alasannya agak munasabah kerana bukan lagi disebabkan isu-isu mentah seperti malas, berfoya-foya, games dan lain-lain.

Kali ini ia beralasan untuk mengenepikan dakwah ‘sebentar’ kerana mahu fokus pada pengajiannya ataupun fokus pada penyucian jiwanya. Yang medik mungkin beralasan sibuk dengan lecture notenya, yang syariah sibuk dengan talaqqinya. Yang sibuk dengan jiwanya berjam-jam iktikaf di Masjid.

Lalu siapa lagi yang mahu sibuk dengan perjuangan? Siapa lagi yang mahu sibuk dengan menyampaikan Islam kepada teman-teman? Siapa lagi mahu sibuk mendidik adik-adik?

Tidakkah kita terkesan dengan kisah Abdullah ibnu Al-Mubarak ?

Beliau berjaya dalam akademiknya, juga bersungguh dalam memperjuangkan islam.

Beliau merupakan ahli hadith yang thiqah lagi masyhur. Terbukti kehebatannya apabila dilihat banyak hadith riwayat beliau termaktub dalam Sahih Al-Bukhari & Muslim dan kitab-kitab sunan serta musnad. Malah beliau juga merupakan seorang pakar Fiqh yang bijaksana dan tidak lupa juga mempunyai harta kekayaan yang banyak dan dibelanjakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar dan majlis ilmu di semua ibu negara Islam.

Dalam masa yang sama sepanjang hidupnya beliau sentiasa sibuk dengan perjuangan berjihad di jalan Allah. Saban tahun beliau berjihad di Rom sehinggakan beliau mempunyai tempat tinggal di selatan Turki.

Beliau dengan berani menegur sahabatnya Al-Fudhail bin Iyadh yang juga merupakan seorang Ahli Hadith yang masyhur dan thiqah kerana meninggalkan Jihad untuk beruzlah di Makkah. Dengan beraninya beliau menyifatkan sahabatnya itu sebagai “Ahli Ibadat yang bermain-main !”. Ibnu Mubarak sama sekali tidak memandang keistimewaan Al-Fudhail sebagai Ahli Ibadat dan zuhud itu sebagai alasan untuk tidak berjihad.

Dengan sifat ini lah Ibnu Mubarak diangkat sebagai pemimpin ahli hadith pada zaman tersebut. Bukan dengan sifat mementingkan diri sendiri. Bukan hanya fokus pada pembinaan diri.

Inginkah kita digelar sebagai ahli akademik atau ilmuwan yang bermain-main?

Ganjaran Hebat Menanti

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

“(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,”

“Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (As-Soff : 10-12)

Sumber: Laman Web ISMA Jordan

64 tahun Nakbah – Israel semakin gementar
15 Mei 1948 – 64 tahun Nakbah

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.

Holocaust

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

64 tahun An Nakbah

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel

Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era sombong mereka itu.

Kebangkitan generasi intifadah

1 – Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.

2 – Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.

3 – Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.

4 – Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.

5 – Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.

Bom Demografi: Setiap keluarga Palestin mempunyai 10-12 cahaya mata

6 – Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.

7 – Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.

8 – Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang

9 – Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.

10 – Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.

Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Al-Quds pasti akan bebas jua!

Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !

Salam perjuangan

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Perunding, Aman Palestin Bhd

JK Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban

Naib Presiden 1, I-Medik

Sumber: Blog Dr Zainur Rashid

Derma kilat untuk keluarga Wan Nurul Atiqah
Seorang bekas pelajar University of Auckland, Wan Nurul Atiqah bersama keluarganya telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di Otago baru-baru ini. Salah seorang ahli keluarga terbabit telah mengalami kecederaan serius dan telah dimasukkan ke Dunedin Hospital. Beliau dijangka memerlukan rawatan lanjut selama sekurang-kurangnya beberapa minggu lagi di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Sehubungan dengan itu, kami di ISMA New Zealand suka untuk memanjangkan satu tabung derma kilat dari Puan Salmah Kassim, pegawai EMNZ bagi meringankan beban keluarga Wan Nurul Atiqah yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun di bawah sebelum Jumaat 11/05/12.

BNZ Akaun: SALMAH KASSIM

Nombor Akaun: 02 – 0560 -0144811 – 00

Particulars: (Nama Anda)

Reference: Atiqah

ISMA New Zealand juga menyeru semua agar terus mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan mereka. Segala bentuk sumbangan dan bantuan amat dihargai. Semoga setiap amal kita diterima Allah SWT sebagai amal yang soleh insyaAllah.

Dunedin Health & Family Carnival galak budaya gaya hidup sihat
Dunedin, 22 April – Dunedin Health and Family Carnival (DHFC) baru-baru ini telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Karnival sehari suntuk yang berlangsung di Hunter Center, University of Otago itu telah berjaya menarik sekitar 100 orang pengunjung.

Bertemakan “Being more than just healthy”, DHFC membawakan mesej kepentingan menjaga kesihatan diri sebagai seorang Muslim selain menekankan kepentingan membentuk keluarga yang sihat. Kesihatan yang dimaksudkan tidak terbatas pada kesihatan tubuh badan sahaja, tetapi termasuk kesihatan minda, sosial dan rohani.

Antara aktiviti dalam karnival yang dijalankan pada sesi pagi termasuk ceramah pendermaan darah oleh wakil dari NZ Blood Services, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma oleh pelajar-pelajar perubatan, farmasi dan pergigian, selain pameran kesihatan bergambar sekitar ruang karnival.

Serentak pada masa yang sama, kanak-kanak dari keluarga pelajar pasca-ijazah yang hadir juga diberi latihan teknik memberus gigi yang betul, disamping diberi peluang untuk menyerlahkan bakat mereka dalam pertandingan mewarna yang juga bertemakan kesihatan. Sesi petang pula disambung dengan aktiviti Ibn Sina Medical Quiz, Amazing Race serta pertandingan meniup belon dan “Step on the balloon” untuk kanak-kanak.

Karnival anjuran bersama ISMA Dunedin dan Kelab UMNO Otago ini secara amnya dilihat berjaya mempromosikan budaya dan cara hidup yang sihat kepada para pengunjung.

Karnival ini telah mendapat maklumbalas yang positif dengan rata-rata pengunjung berpendapat mereka memperoleh informasi yang sangat berguna untuk kesihatan mereka dan mengharapkan agar program seperti ini akan dijalankan lagi pada masa hadapan.

Media ISMA New Zealand

Pengajaran dari ANZAC Day kepada seorang muslim
Anzac Day di New Zealand / Australia sempena memperingati pendaratan tentera bersekutu ANZAC semasa peperangan dunia pertama di semenanjung Gallipoli pada 25 April 1915.

Hampir 3000 tentera New Zealand, dan 8000 tentera Australia terbunuh dalam misi menawan Istanbul dari Gallipoli sepanjang 8 bulan itu.

Tidak mahu bercerita panjang tentang sejarah peristiwa ini, sekadar membawa satu hakikat dari peristiwa yang berlaku untuk diambil pengajaran oleh seorang Muslim.

Kemenangan di Gallipoli oleh tentera Turki secara langsung menjulang imej dan mengangkat nama panglima tenteranya ketika itu, yang terkenal dan disebut namanya sehingga kini, tidak lain tidak bukan, Mustafa Kamal Ataturk.

8 tahun selepas peperangan ini berlalu, pada tahun 1923, Mustafa Kamal Ataturk diangkat menjadi Presiden Republik Turki , lalu memecat Khalifah Uthmaniyah yang terakhir dan membubarkan sistem khilafah terakhir.

Wajar direnungkan semula, adakah kita perlu berbangga atau bergembira dengan kemenangan di Gallipoli itu? Secara mata kasar dan pandangan masa pendek memang jelas kemenangan berpihak di tentera islam, tetapi melihat jauh ke hadapan dan mengkaji kesan di sebaliknya, adakah kemenangan di pihak kita?

Renungkan salah satu ayat yang diturunkan Allah SWT kepada tentera dan masyarakat islam, selepas kecamuk di medan Uhud:

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” [Surah Ali Imran: 144]

Allah SWT mengajar umat islam ketika itu bahawa kebergantungan dan pengharapan kita hanyalah kepada Allah SWT, bukan kepada mana-mana figur manusia, hatta bukan kepada Rasul utusan-Nya sekalipun.

Pengajaran yang saya boleh simpulkan:

1) Kembalikanlah pergantungan dan harapan kita kepada Allah SWT, bukan kepada mana-mana figur manusia walaupun kelihatan pada dasarnya kelihatan dia membawa kebaikan atau kemenangan.

2) Letaklah agenda islam sebagai agenda utama, pakailah kaca mata islam dalam melihat dan menganalisa, dan berhujahlah dengan dalil-dalil dari Allah SWT dari menggunakan dalil-dalil pemikiran manusia seperti hak asasi, hak demokrasi, hak sosial dan sebagainya.

3) Pandanglah jauh ke depan, dan jauh ke dasar dalam menganalisa, supaya kita tidak tersilap langkah dalam memilih dan memberikan sokongan kepada seseorang manusia.

4) Sejarah berlalu, dan akan terus berulang jika kita tidak mengambil pengajaran darinya. Cakna dan mengambil berat akan hal umat akan menjamin survival dan kebangkitan umat pada landasan yang benar.

Wallahua’lam

Dr Mus’ab Umair Hassan

Pengerusi ISMA New Zealand

Ukhuwah terjalin di Brothers Autumn Camp
Auckland, 14 April 2012 – Program “Brothers Autumn Camp” baru-baru ini selamat melabuhkan tirai di Auckland selepas tiga hari berlangsung. Dihadiri oleh wakil-wakil dari seluruh New Zealand, program ini turut dimeriahkah dengan kehadiran wakil dari Sekretariat Antarabangsa ISMA (Sektar) Sdr. Muadz Md Zain.

Program semasa cuti musim luruh ini dianjurkan oleh ISMA New Zealand untuk membina kekuatan ukhuwah, menguatkan jasmani dan rohani, selain memanfaatkan masa lapang dari terbuang semasa musim cuti yang panjang.

Program perkemahan kali ini agak unik kerana berlangsung di kawasan hutan berdekatan pantai, dan jarak dari bandar Auckland hanya 20 minit perjalanan. Aktiviti-aktiviti luar yang disusun memaksimakan kepelbagaian kawasan yang ada, seperti permainan-permainan berkumpulan di pantai, kemudian diikuti dengan aktiviti ‘obstacle course’ dan ‘flying fox’ di dalam kawasan hutan. Para peserta program juga diisi dengan pengisian rohani melalui tazkirah dan kuliah, solat berjemaah dan bacaan zikir ma’thurat beramai-ramai.

Pelbagai komen dan reaksi positif diberikan oleh para peserta selepas program berlangsung. Rata-rata mengharapkan agar program yang sama dapat diteruskan dan diluaskan bagi membantu membina individu-individu muslim yang cemerlang, berperibadi mulia dan berketrampilan dari segenap ruang.

Media ISMA New Zealand

Tajamkah senjata kita?
Acapkali kita mendengar org mengatakan bahawasanya “Doa adalah senjata seorang mukmin”. Namun sejauh manakah kita benar2 menghayati kata-kata tersebut?

Allah SWT berfirman yang mafhumnya :

“Berdoalah kepadaKu, nescaya pasti Aku perkenankan doa (permintaan) kamu.” [ar-Ra'du: 31]

Doa adalah dambaan seorang hamba agar Allah SWT, Pemilik dan Penciptanya, memberi pertolongan kepadanya.

Doa juga boleh diertikan sebagai satu gaya untuk mendekatkan diri serta tanda pengabdian diri kepada Allah swt. Ia juga merupakan satu sumber utama kekuatan seorang mukmin.

Apabila seorang mukmin menadah tangan, memohon sesuatu daripada Allah SWT,  jiwanya akan menjadi tenang dan bahagia kerana pada detik-detik sentimental itu dia berkesempatan untuk meluahkan segala perasaannya pada Allah SWT yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya.

Allah SWT pasti akan memperkenankan doa seseorang selagi mana seseorang itu tidak mempersekutukan Allah SWT dan berterusan dalam melakukan maksiat kepada-Nya. Doanya mungkin diperkenankan terus pada waktu itu, ditangguhkan sedikit waktunya,atau ditukarkan dengan satu perkara lain yang lebih baik, atau diperkenankan di akhirat kelak.

Oleh yang demikian, janganlah kita cepat berputus asa hanya kerana doa kita tidak diperkenankan dengan serta merta. Teruslah berdoa walaupun untuk sekecil-kecil permintaan. Allah  SWT Maha Pengasih dan Maha Mengetahui atas setiap permintaan.

Ingatlah firman Allah SWT di dalam al-Quran:

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]

Perkemahan Cuti Musim Luruh pupuk jatidiri dan ketahanan muslimah
Glenroy, 6 April – Wanita ISMA NZ baru-baru ini menganjurkan satu program perkemahan sempena cuti musim luruh di New Zealand. Perkemahan yang bertujuan memantapkan jatidiri dan membina kekuatan jasmani dan ukhuwah ini telah mengumpulkan kira-kira 20 orang peserta dari seluruh pelusuk New Zealand.

Berkonsepkan perkemahan khoriji (luaran), pelbagai aktiviti-aktiviti lasak telah direncanakan sepanjang perkemahan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Lets Spell Ukhuwwah, Battle of Glenroy, dan beberapa permainan lasak berkumpulan termasuk Mine Fields dan Flying Fox. Aktiviti-aktiviti lasak seperti ini secara tidak langsung membina stamina, jasmani dan memberi impak positif dalam diri setiap peserta.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti berbentuk pengisian rohani seperti solat berjemaah, tazkirah dan bacaan al-mathurat turut diadakan bagi menyuburkan iman dan membasahkan jiwa rohani para peserta. Melalui sesi ini, semangat yang kuat untuk terus cemerlang sebagai seorang muslimah turut di suntik dalam diri setiap peserta.

Secara keseluruhannya, perkemahan ini menerima respon yang baik dari para peserta dan dilihat berjaya mengukuhkan lagi ukhuwwah islamiyyah, selain menguatkan cita-cita yang tinggi di kalangan para peserta untuk menjadi individu muslim yang mampu memberi manfaat pada agama, bangsa dan negara.

Di harapkan semoga pertemuan dan kemesraan yang bercambah di sepanjang perkemahan ini dapat di jadikan sebagai satu titik baru bagi setiap peserta dalam mengecapi kecemerlangan dan keredhaan dari Allah SWT.

Media ISMA New Zealand

Dunedin Health Carnival
In the name of Allah, Most gracious Most Merciful.

Health is truly one of the most important assets to humankind. Islam puts a strong emphasis on having strong and healthy ummah. This is clearly demonstrated from many Quranic verses and Hadith, for instance, “Allah SWT loves stronger Muslims more than weak Muslims.”

ISMA Dunedin therefore feels the need to call all Malaysian students and all Muslims residing in New Zealand to start thinking again about health issues affecting them, of course in an expanded form of what defines health and well-being. Thus we would like to invite you to Dunedin Health Carnival 2012 that will be held:

Date: 21 Apr 12

Venue: Activities Hall, Otago Uni, Dunedin.

Time: 10 am – 5 pm

There will be games, exhibition booths, medical forum, blood donation, dental and general health check and of course, healthy foods!

Tarbiyyah Zatiah dorong Daei jadi lebih inovatif & kreatif
Tarbiyah zatiah merupakan satu rangsangan dalam diri seseorang untuk berusaha mendidik diri sendiri melakukan tiga perkara;

Melaksanakan amal ibadat berbentuk peribadi seperti mengerjakan solat, berpuasa, menutup aurat, bersedekah dan lain-lain lagi.

Menghadiri program-program umum yang membentuk pemikiran, peribadi dan menambah ilmu pengetahuan.

Menghadiri program-program jamaah yang telah disusun oleh organisasi yang dia terlibat.

Tarbiyah zatiah sangat penting difahami oleh para pendakwah, bukan kerana hanya apabila mereka berada jauh daripada organisasi dakwah, bersendirian dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar, hidup dalam masyarakat yang jauh daripada penghayatan Islam, malah tarbiyah zatiah juga penting bagi para pendakwah yang bersama dalam organisasi, tinggal bersama-sama masyarakat yang faham dan mengamalkan ajaran Islam.

Antara sebab-sebab kepentingan itu ialah;

1. Memenuhi mas’uliah fardiyah

Mas’uliah fardiyah ialah tanggungjawab seseorang kepada dirinya sendiri. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab kepada diri masing-masing. Firman Allah dalam surah al-Isra’ (17:15) yang bermaksud;

“Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).”

Allah Taala menegaskan tentang tanggungjawab seseorang ke atas dirinya sendiri. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah Taala, faedah petunjuk yang diperoleh itu kembali kepada dirinya, begitu juga sesiapa yang sesat, kesesatan itu akan ditanggung sendiri oleh manusia. Malah, Allah Taala menegaskan seseorang itu tidak akan menanggung dosa hasil perbuatan orang lain melainkan ia hanya menanggung dosa hasil perbuatannya sahaja.

Begitu juga dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut tentang ganjaran pahala kepada sesiapa yang mengajak kepada kebaikan dan hidayah serta dosa kepada sesiapa yang mengajak manusia melakukan kejahatan.

Ini menunjukkan manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang dilakukannya sewaktu di dunia ini di hadapan Allah Taala di akhirat kelak.

2. Hisab pada hari kiamat adalah secara individu

Pada hari kiamat kelak, semua manusia akan dihisab oleh Allah Taala secara persendirian. Firman Allah dalam al-Baqarah (2:48) yang bermaksud;

“Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.”

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada menerima hisab amalan mereka pada hari akhirat kelak. Sesiapa yang melakukan dosa akan menerima azab daripada Allah Taala, malah tiada sesiapa yang akan menolong dan memberi syafaat kepada dosa yang dilakukan sewaktu di dunia, akibat daripada kecuaian dan kelalaiannya mengingati dan mentaati Allah Taala.

Setiap kita akan bertemu Allah secara individu, akan dihisab secara individu, oleh sebab itu ia hendaklah bertanggungjawab ke atas dirinya, mendidik dirinya serta membimbing dirinya menuju ke jalan kebenaran dan kebaikan.

3. Manusia lebih tahu apa yang ada dalam jiwanya

Sebagai manusia yang ciptakan Allah Taala serba kekurangan dan kelemahan, tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan. Kadang-kadang kita boleh menyembunyikan kesalahan dan kelemahan kita daripada pengetahuan keluarga dan rakan-rakan, namun begitu tiada seorang pun yang boleh menyembunyikan kelemahan dan kekurangannya daripada Allah Taala.

Dalam hal ini, kita sebenarnya lebih tahu apa yang ada dalam diri, kesalahan yang telah kita lakukan, kejahatan yang telah kita sembunyikan, keburukan yang bermain dalam kepala dan sebagainya. Oleh sebab itu, tarbiyah zatiah berupaya membentuk dan membimbing diri ke arah perubahan yang lebih baik dan memberi muhasabah kepada diri sendiri, yang tidak mampu dilakukan oleh keluarga, rakan-rakan kerana mereka tidak mengetahui tentang kesalahan dan dosa yang kita lakukan.

4. Program-program kemasyarakatan memerlukan reaksi dan respons dari individu

Program-program kemasyarakatan dan jama’iah banyak memberi sumbangan dan faedah kepada sesiapa yang menghadiri dan mengambil manfaat dengan pengisian yang diberikan. Namun begitu, kebaikan dan faedah yang ada dalam sesuatu program tidak akan berjaya dicapai sekiranya tidak dihadiri oleh individu-individu yang memerlukan pengisian tersebut. Ia diibaratkan seperti air hujan yang mencurah ke tanah yang kering kontang, yang akhirnya menumbuhkan berbagai-bagai tumbuhan dan tanaman hasil daripada iar hujan tersebut.

Begitulah juga hati manusia, perlukan bimbingan, petunjuk, tunjuk ajar dan curahan ilmu bagi membentuk keperibadian yang baik dan jati diri seorang muslim yang soleh dan baik kepada agamanya.

5. Mengatasi kelemahan yang ada pada murabbi

Sebagai manusia, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan. Begitu jugalah para murabbi dan guru-guru yang mendidik pelajar. Mereka juga adalah manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan berdosa. Kita biasanya mengagumi keperibadian guru dan murabbi, kita bercita-cita untuk mencontohi pengorbanan dan keperibadiannya yang berani, bijak dan berketerampilan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan para guru dan murabbi juga adalah manusia yang kadang-kadang tersilap dan melakukan kesalahan.

Tarbiyah zatiah membantu mutarabbi dan pelajar untuk tidak merasa kecewa dan ragu-ragu dengan jalan dakwah yang didokong apabila melihat ada kalangan murabbi dan daieah melakukan kesalahan dan dosa. Malah tarbiyah zatiah berupaya membina jatidiri mutarabbi agar tidak mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan sifat negatif yang ada pada murabbi. Tarbiyah zatiah inilah yang akan membantunya mengimbangi dan menilai antara yang baik dengan yang buruk.

Tarbiyah zatiah boleh dijana melalui kelaziman kita menjaga hubungan dengan Allah Taala. Sangatlah benar hadis Rasulullah s.a.w. yang menekankan umatnya agar memelihara Allah dalam tutur kata dan perbuatan, kelak Allah Taala akan memelihara kita dalam kehidupan. Para pendakwah digalakkan untuk sentiasa membaca mathurat, tilawah al-Quran, berzikir, melakukan ibadat sunat dan nawafil, bersedekah dan berbuat baik bagi memastikan tarbiyah zatiah terbentuk dengan mantap dalam jiwa.

Menghadiri kelas-kelas pengajian ulum syara’ juga adalah satu cara bagi menjana tarbiyah zatiah dalam diri. Para pendakwah boleh memanfaatkan program-program agama dan ulum syara’ yang diadakan di masjid-masjid bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan penghayatan Islam.

Latihan amali dan praktikal sangat digalakkan bagi membantu para pendakwah menguasai sesuatu ilmu yang dipelajari. Berusaha untuk memahami dengan melakukan berbagai-bagai-bagai latiahan amali membantu para pendakwah menguasai sesuatu ilmu. Ini mendorong para pendakwah untuk melaksanakan amal dakwah dengan kebih berkesan dan efisyen kerana bekalan ilmu pengetahuan

Kesimpulannya, tarbiyah zatiah berupaya membantu para pendakwah mengurus tanggungjawab dakwahnya dengan berkesan, inovatif dan kreatif tanpa berharap kepada orang lain yang akan menggerakkan amalnya. Kekuatan tarbiyah zatiah dalam diri seseorang membentuk motivasi kerja yang cemerlang bagi memastikan dakwah terus bergerak di medan dan sampai kepada masyarakat keseluruhannya.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,

Ketua Wanita dan Keluarga

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)