Friday, May 24, 2013

Perkemahan Cuti Musim Luruh pupuk jatidiri dan ketahanan muslimah

April 25, 2012 by  
Filed under Laporan Aktiviti

Glenroy, 6 April – Wanita ISMA NZ baru-baru ini menganjurkan satu program perkemahan sempena cuti musim luruh di New Zealand. Perkemahan yang bertujuan memantapkan jatidiri dan membina kekuatan jasmani dan ukhuwah ini telah mengumpulkan kira-kira 20 orang peserta dari seluruh pelusuk New Zealand.

Berkonsepkan perkemahan khoriji (luaran), pelbagai aktiviti-aktiviti lasak telah direncanakan sepanjang perkemahan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Lets Spell Ukhuwwah, Battle of Glenroy, dan beberapa permainan lasak berkumpulan termasuk Mine Fields dan Flying Fox. Aktiviti-aktiviti lasak seperti ini secara tidak langsung membina stamina, jasmani dan memberi impak positif dalam diri setiap peserta.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti berbentuk pengisian rohani seperti solat berjemaah, tazkirah dan bacaan al-mathurat turut diadakan bagi menyuburkan iman dan membasahkan jiwa rohani para peserta. Melalui sesi ini, semangat yang kuat untuk terus cemerlang sebagai seorang muslimah turut di suntik dalam diri setiap peserta.


Secara keseluruhannya, perkemahan ini menerima respon yang baik dari para peserta dan dilihat berjaya mengukuhkan lagi ukhuwwah islamiyyah, selain menguatkan cita-cita yang tinggi di kalangan para peserta untuk menjadi individu muslim yang mampu memberi manfaat pada agama, bangsa dan negara.

Di harapkan semoga pertemuan dan kemesraan yang bercambah di sepanjang perkemahan ini dapat di jadikan sebagai satu titik baru bagi setiap peserta dalam mengecapi kecemerlangan dan keredhaan dari Allah SWT.

Media ISMA New Zealand

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!