Friday, May 24, 2013

Menghidupkan bulan Ramadan yang diberkati

Julai 21, 2012 by  
Filed under Karya, Minda Pimpinan

1. Mendorong ahli-ahli keluarga berpuasa. Mulakan dengan sedikit latihan dan kata-kata semangat di akhir bulan Syaaban.

2. Menghidupkan solat tarawih.

3. Berkongsi dalam berbuka puasa, moreh dan lain-lain aktiviti berkait Ramadan bersama masyarakat.

4. Menghiasi rumah di sepanjang bulan Ramadan dan Syawal (bukan Syawal sahaja).

5. Bersedekah. Khususnya kepada badan-badan Dakwah Islam.

6. Mengenalpasti orang-orang miskin yang layak dibantu dalam bulan Ramadan.

7. Membuat jemputan berbuka puasa di rumah dan menyenarai saudara mara dan sahabat handai dengan lebih awal, dari sekarang.

8. Mengkhatam Al-Quran.

9. Menghidupkan suasana Al-Quran di dalam masyarakat. Membacanya di semua tempat samada di rumah, pejabat, ketika menunggu bas atau kawan dll.

10. Membaca buku-buku Islam berkaitan Ramadan.

11. Mendengar kuliah-kuliah mengenai Ramadan

12. Memasang banner ucap selamat.

13. Beriktikaf dan menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan di masjid.

14. Membuat persiapan Raya dengan lebih awal supaya tidak menjadi sibuk di akhir Ramadan yang diperuntukkan untuk ibadat-ibadat khusus.

15. Menyediakan tabung sumbangan mini di setiap rumah untuk melatih diri dan ahli keluarga bersedekah.

16. Berjimat dalam membuat persiapan Hari Raya dan elak dari wang jatuh ketangan bukan-Islam.

17. Berazam untuk berhenti dari tabiat-tabiat negatif lain setelah menjalani latihan rabbani di sepanjang Ramadan. Di antaranya ialah:

  • Berkata dusta dan sia-sia.
  • Mengata-ngata orang lain.
  • Makan minum yang berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.
  • Tidak menepati janji.
  • Tidak bergaul dengan orang ramai.
  • Merokok.
  • Program-program maksiat atau lagha.

18. Berazam untuk memiliki tabiat-tabiat positif setelah menjalani latihan rabbani di sepanjang Ramadan, di antaranya:

  • Mempunyai zikir harian dari Al-Quran dan Al-Hadis.
  • Lebih rapat dengan kitab Al-Quran dan selalu mengambil ayat dan cerita di dalamnya sebagai panduan.
  • Melazimi puasa sunat.
  • Tidur awal setiap malam tanpa membuang masa di televisyen, kenalan atau membuang urusan yang tidak penting.
  • Bangun awal sebelum azan subuh, dapat solat sunat dua rakaat sebelum azan. Muraqabah Allah swt, ingat Akhirat dan bersedia untuknya.
  • Menjaga kesihatan.
  • Berbahasa manis.
  • Sentiasa menghormati tetamu, mengajak orang ke rumah. Baik dalam pergaulan.
  • Halus hati dan budi. Mangasihi orang miskin dan tidak bernasib baik.
  • Banyak membaca.
  • Jaga hak orang. Jangan berlengah. Membayar Zakat Fitrah. Bayar zakat fardhu yang lain tanpa berlengah.
  • Bersedekah kepada badan-badan Islam, sekolah-sekolah rakyat, umat Islam tertindas di Dunia Islam.
  • Berjihad melawan runtunan nafsu, tundukkan pandangan, disiplinkan perasaan.
  • Menghubungkan Silaturrahim dan Ukhuwwah Islamiyah.
  • Meluaskan perkenalan dengan sahabat-sahabat yang saleh, menziarahi dan saling berhubungan dengan mereka.

19. Mengajak masyarakat kepada memiliki sifat-sifat di atas.

20. Berusaha menyebarkan penghayatan Islam kepada kenalan dan saudara mara dengan mendorong mereka menghayati Islam dalam bacaan mereka, perbincangan harian, keperihatinan terhadap pendidikan dan masa depan masyarakat, berhias dengan akhlak mulia dan mendidik anak-anak.

Moga Allah swt memberkati amalan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita sempena bulan Ramadan yang berkat ini. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Pengerusi Biro Dakwah ISMA
Blog: Ini Jalanku

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!