Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa
Januari 25, 2010 by IsmaNewZealand
Filed under Promosi Aktiviti
Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada Sabtu 30 Januari 2010. Semua dijemput hadir.
Klik di SINI untuk kenyataan media rasmi ISMA sempena konvensyen ini.
TARIKH : SABTU, 30 JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) , KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) & JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
OBJEKTIF
i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii. Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.
PEMBENTANG KERTAS KERJA
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia
YURAN PENYERTAAN
Klasifikasi Bayaran
Perseorangan RM50
Wakil Organisasi RM100
Suami dan Isteri RM70
Pelajar RM20
*Pendaftaran dan pembayaran awal melalui internet dan online sangat digalakkan.
AGENDA
8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran peserta
8.30 – 8.45 pagi Ucapan Alu-Aluan
9:00 – 10.00 pagi Perasmian
10.00 – 10.30 pagi Minum pagi
10.30 – 11.30 pagi Ucaptama
11.30 – 12.40 pagi Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Ustaz Mohd Rusdi bin Haji Alias
12.40 – 2.30 ptg Solat & makan tengahari
2.30 – 3.40 ptg Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Ustaz Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
3.40 – 3.50 ptg Selingan video
3.50 – 5.00 ptg Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
5.00 – 5.30 ptg Pembentangan Resolusi & Penutupan Majlis
Maklumat lanjut di http://kobanna.ismaweb.net









sgt berharap dpt rekod..huhu, sedeh xdpt g