Seminar Kecemerlangan Akademik 2012 di Dunedin
Mac 4, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Promosi Aktiviti
Sesi pengajian 2012 telah membuka tirainya. Selamat menuntut ilmu dan mengejar kecemerlangan kami ucapkan. Sejajar dengan cita-cita dan matlamat bersama, kecemerlangan akademik adalah antara fokus kami di ISMA NZ (Dunedin). Dengan ini, sukacita kami menjemput semua pelajar baru dan lama ke Seminar Kecemerlangan Akademik yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Butir-butir aktiviti adalah seperti di [...]
Selamat datang ke New Zealand buat semua pelajar baru sesi 2012
Mac 4, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Komuniti
Kami di ISMA New Zealand berbesar hati mengucapkan selamat datang, Haere Mai, kepada semua para pelajar baru sesi 2012 ke New Zealand. Hampir 100 orang orang pelajar baru, terutamanya dari tajaan MARA, JPA dan KPM mula sampai dalam kumpulan-kumpulan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland sejak tiga minggu yang lalu. Beberapa orang wakil ISMA New Zealand [...]
Ukhuwah se-Australasia dirai di Jalinan Ukhuwah
Januari 25, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Laporan Aktiviti
Morib, 8 Januari 2012 – Program ‘Reunion’ tahunan, Jalinan Ukhuwah melabuhkan tirainya hari ini dengan dihadiri hampir 150 peserta. Program 3 hari 2 malam ini diadakan di Kem El-Azhar, Morib khusus buat alumni dan pelajar-pelajar semasa di Australia dan New Zealand yang sedang pulang bercuti. Uniknya program Jalinan Ukhuwah kali ini ialah, segala aktiviti yang [...]
Senior, junior kongsi pengalaman di KMB
Januari 25, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Komuniti
Banting, 6 Januari 2012 – Sementara menantikan program Jalinan Ukhuwah yang bakal bermula pada sebelah malamnya, beberapa orang penuntut universiti di Australia yang sedang bercuti di tanah air mengambil peluang singgah sebentar di Kolej MARA Banting untuk bersua muka dengan junior-junior di sana. Penuntut yang hadir rata-ratanya adalah bekas pelajar kolej tersebut. Selain bertemu muka, sesi perkongsian [...]
“Ready, Get Set, Fly!” buat bakal pelajar ke Australia dan New Zealand
Januari 25, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Laporan Aktiviti
Shah Alam, 3 Jan 2012 - Baru-baru ini, Program Semai Mesra kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam selama 3 hari 2 malam. Program ini diadakan khusus untuk memberi informasi berguna kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke Australia di samping berkenalan dengan pelajar-pelajar lain yang sedang belajar [...]








