Program Ihya’ Ramadhan buka tirai bulan berkat
Julai 20, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Laporan Aktiviti
Dunedin, 15 Julai 2012- ISMA Dunedin telah sama-sama mengajak seluruh warga muslim di Dunedin untuk menghayati ketibaan Ramadhan dalam sebuah majlis Ihya’ Ramadhan yang serba ringkas. Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Saiful Azrie menampilkan ceramah Ihya’ Ramadhan dari Ustaz Sabran Jamil. Antara pengisian yang disentuh adalah tentang fadhilat-fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, fiqh puasa, persediaan-persediaan [...]
Ramadhan, bersediakah kita?
Julai 5, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Karya
Apa khabar iman kita? Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, sedar tidak sedar kita sekarang telahpun menjejakkan kaki ke dalam bulan Syaaban dan kemudiannya tibalah Ramadhan, tetamu yang kita tunggu-tunggu akan kedatangannya bersama rahmat Allah. Apabila kita membuat sesuatu kesilapan, kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam [...]
Senior, junior kongsi pengalaman di KMB
Januari 25, 2012 by IsmaNewZealand
Filed under Komuniti
Banting, 6 Januari 2012 – Sementara menantikan program Jalinan Ukhuwah yang bakal bermula pada sebelah malamnya, beberapa orang penuntut universiti di Australia yang sedang bercuti di tanah air mengambil peluang singgah sebentar di Kolej MARA Banting untuk bersua muka dengan junior-junior di sana. Penuntut yang hadir rata-ratanya adalah bekas pelajar kolej tersebut. Selain bertemu muka, sesi perkongsian [...]
Latih konsistensi dalam ibadah di bulan Ramadhan
Ogos 10, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti
Dunedin, 30 Julai 2011 – Sikap konsistensi dalam ibadah perlu dilatih dan ditekankan apatah lagi di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. “Ramadhan kini ibarat satu perlumbaan. Ramai yang berkumpul dan bersemangat di peringkat awal dan akhir, tetapi malangnya hilang di tengah-tengah.” Begitulah yang dinyatakan oleh Pengerusi ISMA NZ, Mus’ab Umair b Hassan ketika menyampaikan [...]
Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Wellington
Julai 25, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Promosi Aktiviti
Alhamdulillah, dengan penuh limpah rahmatNya, kita bakal ditemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah pada tahun ini. Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini, kami dari pihak Isma NZ-Wellington dengan kerjasama VicMuslims Wellington berbesar hati menjemput seluruh warga Malaysia Muslim Wellington untuk ke Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1432H pada: 30 Julai 2011 (Sabtu), [...]
Menyingkap Tabir Ramadhan di Dunedin
Julai 25, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Promosi Aktiviti
ISMA NZ-Dunedin menjemput anda untuk menghadiri program bersiri Bicara Minda yang kali ini akan membincangkan tajuk “Menyingkap Tabir Ramadhan” untuk membantu kita semua menyiapkan diri dalam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Program ini insyaAllah akan diadakan di Burns 2 Lecture Theater, University of Otago pada hari Sabtu ini, bermula jam 1.30pm. Ayuh semarakkan Ramadhan! Sumber: [...]
Semai Mesra 2011 Naikkan Semangat Bakal Mahasiswa ke Luar Negara
Januari 15, 2011 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti
Bertemakan “Ready.Get set.Fly!”, Program Semai Mesra 2011 berjaya menaikkan semangat hampir 100 orang peserta yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Program tahunan anjuran Sekretariat Antarabangsa ISMA ini telah berlansung selama 3 hari 2 malam bertempat di Taman Pertanian, Bukit Cerakah Shah Alam. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal pelajar sebagai persediaan mereka [...]
ISMA Dunedin bersiap menyambut Ramadhan
Ogos 8, 2010 by IsmaNewZealand
Filed under Berita, Laporan Aktiviti, Ramadhan 1431H
Dunedin,7 Ogos – Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang semakin hampir, ISMA-NZ Dunedin baru-baru ini telah mengadakan program Iftar Jamaei bagi para pelajar lelaki di Dunedin. Program ini diadakan bertujuan bagi mempersiapkan dan melatih diri sebelum memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti, dan merupakan sebahagian dari Program Persiapan Menyambut Ramadhan yang dilancarkan oleh ISMA-NZ Dunedin. [...]








